Monday 1 January 2018

MAKSUD LOGO WARISAN

Kapal Layar

  • Melambangkan teras perjuangan Parti Warisan Sabah iaitu harus berani serta memiliki ketahanan yang tinggi kerana ia membawa harapan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Dua Tangan Bersalaman

  • Melambangkan kesatuan rakyat Sabah dari pelbagai etnik dan kaum di bawah satu bumbung yang sama demi perjuangan yang suci untuk negeri tercinta.

Tangan Berwarna Biru Pekat

  • Memberi maksud Bahagian Timur Sabah

Tangan Berwarna Merah

  • Memberi maksud Bahagian Barat Sabah

Bunga Padi

  • Membawa maksud bahawa matlamat utama Parti Warisan Sabah adalah untuk memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan etnik

Laut

  • Melambangkan cabaran yang akan diharungi bersama.

Warna Biru pekat dan Biru muda

  • Melambangkan Kesatuan iaitu kesatuan demi perjuangan, kesatuan demi kebajikan rakyat dan kesatuan demi Sabah. Ia juga menggambarkan Warisan Sabah adalah sebuah parti yang menyeluruh dengan tidak mengabaikan mana-mana kaum dan etnik.

Warna Merah

  • Melambangkan keberanian dan ketegasan ahli-ahli iaitu termasuklah keberanian untuk menegakkan kebenaran, keberanian memperjuangkan nasib, keberanian memperjuangkan kehendak dan keberanian mempertahankan hak-hak rakyat Sabah

Warna Putih

  • Melambangkan ketelusan dalam pentadbiran, kepimpinan dan perjuangan juga sifat amanah yang menjadi asas setiap kepimpinan dan ahli

 

*Pilihan Tepat*

TAHUN BARU 2018

Kami Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Ikhlas Dari Kami Seluruh ​Ahli Jawatankuasa Parti Warisan Sabah Serta Penggerak-Pengerak Jentera Parti Warisan Sabah​.