MAKSUD LOGO WARISAN
Kapal Layar
- Melambangkan teras perjuangan Parti Warisan Sabah iaitu harus berani serta memiliki ketahanan yang tinggi kerana ia membawa harapan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
Dua Tangan Bersalaman
- Melambangkan kesatuan rakyat Sabah dari pelbagai etnik dan kaum di bawah satu bumbung yang sama demi perjuangan yang suci untuk negeri tercinta.
Tangan Berwarna Biru Pekat
- Memberi maksud Bahagian Timur Sabah
Tangan Berwarna Merah
- Memberi maksud Bahagian Barat Sabah
Bunga Padi
- Membawa maksud bahawa matlamat utama Parti Warisan Sabah adalah untuk memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan etnik
Laut
- Melambangkan cabaran yang akan diharungi bersama.
Warna Biru pekat dan Biru muda
- Melambangkan Kesatuan iaitu kesatuan demi perjuangan, kesatuan demi kebajikan rakyat dan kesatuan demi Sabah. Ia juga menggambarkan Warisan Sabah adalah sebuah parti yang menyeluruh dengan tidak mengabaikan mana-mana kaum dan etnik.
Warna Merah
- Melambangkan keberanian dan ketegasan ahli-ahli iaitu termasuklah keberanian untuk menegakkan kebenaran, keberanian memperjuangkan nasib, keberanian memperjuangkan kehendak dan keberanian mempertahankan hak-hak rakyat Sabah
Warna Putih
- Melambangkan ketelusan dalam pentadbiran, kepimpinan dan perjuangan juga sifat amanah yang menjadi asas setiap kepimpinan dan ahli